Want your
own Fotopage?























 
Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 6-Jul-2008 19:21 Email | Share | | Bookmark
Nasi Lemak Fenugreek

 
 
Resepi nasi lemak fenugreek ni kita ambik drpd rumah Ummizaihadi, seronok masuk rumah ummi ni taw...disamping ada masakan sedap2, ada lagu yg best2 dan leh jamu mata ngan set hidangan yg cantik2 ...kerana keunikan nama nasi lemak ni menyebabkan kita teruja nak memasaknya...nasi lemak ni bila masak je, bukak tutup periuk...fuhhh, aromanya memang best apatah lagi rasanya...tak sia-sia mencubanya, t/kasih ummi krn sudi berkongsi resepi yg unik dan sedap ni


Nasi Lemak Fenugreek

4 sudu makan minyak sapi
1 batang kayu manis
1 biji bawang besar - hiris
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu teh halba
3 sudu makan halia/bawang putih - tumbuk/kisar
2 sudu makan tairu - (kita letak yogurt)
1 kg beras Basmathi- (kita guna beras siam je)
800 ml santan pekat
garam
daun pandan

1. Cuci dan rendamkan beras selama setengah jam (guna beras siam takyah rendam)
2. Masukkan beras dalam periuk nasi. Ketepikan dulu.
3. Dalam kuali lain, tumiskan bahan2 dengan daun pandan dan kacau hingga wangi.
4. Masukkan santan pekat, garam dan tairu, biarkan mendidih sebentar. Tuangkan ke dalam periuk nasi tadi. Masaklah seperti biasa.
5. Hidangkan nasi dgn lauk kegemaran masing2..kita mkn ngan sambal tumis ikan bilis, ayam goreng dan hirisan timun

Aksi Aisyah tunggu ibu masak nasi lemak


Care to comment?


Tuesday, 1-Jul-2008 10:24 Email | Share | | Bookmark
Kunjungan Sahabat Lama dr. Liverpool

 
 
 
 
 
 
View all 16 photos...
Hari Ahad lepas, on d way balik dr. 'sunday heaven'...carboot sale le tu, kawan lama cik abg kita tepon bgth depa ada kat Bradford, ajak le depa singgah umah...Rahman atau Pok Mer ni kawan cik abang kita masa sekolah kat Sek. Tengku Muhammad Faris Petra tahun 1988-89, sekarang ni Pok Mer tgh duk sambung PhD kat Liverpool...datang mengejut jadi menu kita pun menu terkezut le jugak, harap Pok Mer n Faezah tak serik datang ke umah kami lagi, 'vision n set corelle tak cukup lagi kan...kan...kan



Ni masa jenjalan kat Shipley, dekat je tapi tak pernah sampai...kes nak jimat minyak tapi PhD (pegi habih duit) shopping lak, elaun baru masuk kan abang ...cantik gak rupa2nya Shipley ni


Yang ni saje nak masukkan perkembangan Ahmad Syafi...yang dah botak kali ke-dua...hahaha


oooooopppppsss hubby akak ex-stmfp ker? saya ni kira junior depa la nih from batch 88-92..salam perkenalan Sun 6-Jul-2008 09:16
Posted by:MamaAliya  - [Link]
bestnya dapat kunjungan dari teman....! liverpool lagi...!! Sun 6-Jul-2008 09:21
Posted by:mamaella  - [Link]
comelnya ahmad syafi ni...rasa cam nak gomol ja..dah lama tak de anak kecik niler syndromenya pantang jumpa baby hehehehe bestkan tetamu mai umah.... Sun 6-Jul-2008 12:39
Posted by:Ana cake_lovers69@yahoo.com  - [Link]
View all 46 comments Add comment


Thursday, 26-Jun-2008 11:26 Email | Share | | Bookmark
Baked Sandwiches

 
Baked Sandwiches ni kita buat sebab teruja melihatnya dlm rumah Kak Rinn...so apalagi, jalankan projeklah, intinya kita buat version kita sendiri. BS ni sedap dimakan panas2 begitu sahaja atau pun curahkan sedikit sos cili di atasnya. Terima kasih Kak Rinn atas resepi yg syiokkk ni



Baked Sandwiches

Beberapa kepingan roti
Bahan Inti
Bawang merah - dadu
Bawang putih - cincang halus
Cincangan isi ayam/daging
Sayur campur (frozen)
Sos cili
Sos tomato
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Parutan keju

1. Panaskan oven 180 C
2. Gelek nipiskan roti, tekan2kan dlm acuan dan potong tepinya mengikut tepi acuan, bakar selama 7- 8 minit...angkat, sejukkan
3. Untuk inti: Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau
4. Masukkan cincangan isi ayam/daging dan serbuk lada hitam, kacau
5. Masukkan sos cili, sos tomato dan sayuran campur...kacau hingga inti agak kering
6. Perasakan dgn sedikit garam, angkat
7. Letakkan inti dlm roti tadi, taburkan keju parut di atasnya dan bakar sekejap, bila keju sudah mencair bolehlah diangkat
8. Hidangkan panas-panas

hmmm sedapmya...moga cepat la sampai seruan ku utk wat BS cm akak ni... Tue 1-Jul-2008 07:05
Posted by:zai  - [Link]
hrmmmmmm sedap nampak.....dah ramai yang buat baked sandiwh ni, kita jer yang ketinggalan....nak kena merajinkan diri jugak ni.... Tue 1-Jul-2008 08:50
Posted by:Haniss  - [Link]
rajinnyanya Hajar ni dah buat BS ni...kita jer yg tak buat lagi...tapi kita nak tunggu gi kelas kak mas 12/7 ni dia ada masukkan BS ni heheheh.... Fri 4-Jul-2008 06:03
Posted by:Ana cake_lovers69@yahoo.com  - [Link]
View all 30 comments Add comment


Tuesday, 24-Jun-2008 17:23 Email | Share | | Bookmark
Menu Sempoi

 
 
Menu kali ni memang sempoi sebab memang mudah je nak buat, bhn2 pun tak banyak sangat...kita suka buat resepi2 yg senang tetapi sedap cengginiSticky Chicken ni kita ambil resepinya dr rumah Muna iaitu Sticky Chicken Drumsticks...disebabkan kita guna seekor ayam yg dipotong2, jadi kena le pendekkan namanya kpd Sticky Chicken...t/kasih Muna kerana sudi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, kita C&P je resepi asal Muna


Sticky Chicken

4 tbsp sweet chilli sauce- (kita guna hot & sweet tomato chilli sauce)
1 tsp finely-grated fresh root ginger
2 tsp soy sauce
zest 1 lime- (kita guna juice lemon je)
8 chicken drumsticks- (kita guna seekor ayam yg dipotong2)

1. Mix together the chilli sauce, ginger, soy sauce and lime zest. Pour over the chicken drumsticks and leave to marinate for as long as you can (put them in the fridge if marinating for any longer than 30 mins).
2. Place the drumsticks in a shallow baking tray, shaking off any excess marinade. Roast for 20 mins, then pour over the leftover marinade and cook for 5 mins more until sticky and browned.

*****
Taufu Bersos Tiram ni pulak kita ambik resepinya daripada rumah Jasmeen, saje je kita alih bahasakan kepada bahasa melayu 'Bean Curd with Oyster Sauce' yg Jasmeen buat tu, memang besttt resepi ni dan jugak mudah nak menyediakannya...t/kasih Jasmeen



Taufu Bersos Tiram

1 kotak taufu
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
Sayur campur - (ini kita tambah sendiri)
Daun bawang
Bawang goreng
Udang kering (goreng sekejap tanpa minyak & tumbuk halus)
Minyak bijan- (kita guna minyak zaitun-takde stok minyak bijan)

1. Cincang halus bawang putih & campurkan sos tiram
2. Letakkan taufu dan sayur campur ke dlm bekas tahan panas
3. Curah bhn 1. di atas taufu & sayur campur, kukus selama 10 minit
4. Angkat...taburkan daun bawang, bawang goreng & udang kering
5- Curahkan sedikit minyak bijan ke atasnya...siap!


salam hajar, sticky chicken...kalau dapat rasa nie pasti melekat sedapp nya.
Taufu pula memang feberet nur..tak tolak punya
Thu 26-Jun-2008 08:45
Posted by:nur  - [Link]
Menu yang mama suka sekali lelagi Tofu itu best nyaaaa....!! Thu 26-Jun-2008 09:00
Posted by:mamaella  - [Link]
walla yong....menareknya editing YONG
nampak sedap belaka semuanya..........................
Mon 30-Jun-2008 04:47
Posted by:dOd  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Monday, 23-Jun-2008 19:59 Email | Share | | Bookmark
Barat bertemu Timur

 
 
Ini menu yg lama terpendam nak buat...memandangkan asyik goreng je spaghetti tu cam goreng mee, kita buat ler pulak ala2 bolognaise & meatballs gitu


Spaghetti Bolognaise & Meatballs(tiada kuantiti yg jitu, main belasah je...)

Spaghetti
Bawang merah-dadu
Bawang putih-cincang halus
1 tin chopped tomatoes
Sayur campur ( frozen punya)
Sedikit sos cili
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit keju

1. Spaghetti direbus bersama sedikit garam + minyak hingga lembut, toskan airnya dan gaul dgn sedikit butter - ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau
3. Masukkan chopped tomatoes, sos cili dan lada hitam, kacau
4. Apabila mendidih masukkan sayur campur dan sedikit keju, renihkan seketika
5. Perasakan dgn sedikit garam sebelum diangkat

Meatballs

Daging cincang
Bawang merah-dipotong dadu
Sedikit tepung jagung
Sedikit rempah kari
Garam secukup rasa

1. Gaulkan semua bhn, kepalkan menjadi bentuk spt bebola
2. Gorengkan dlm minyak yg banyak hingga masak

Hidangkan spaghetti bersama meatballs dan tuangkan kuah di atasnya

***
Lompat Tikam ni pulak teruja nak buat masa bertandang ke rumah Muna...ada kelainan sikit lompat tikam ni coz menggunakan pulut hitam, bukan pulut yg buh kaler merah cam selalu tu...menurut citernye kuih ni diberi nama lompat tikam sebab kuih ni selalu dijamu selepas habis latihan / upacara persilatan pada masa dolu2...la ni kuih ini boleh dimakan bila2 masa...rasa nak makan, buat...rasa tak nak buat, beli...tak payah nak tunggu bersilat-silat dah...so enjoyyy

Lompat Tikam
Sumber: Pn. Nuriah Zahari

Bahan Pulut
2 cawan pulut putih (dikukus)
1 cawan pulut hitam (rendam 1 malam)

1. Rebus pulut hitam yang telah direndam sampai empok, buang airnya.
2. Campurkan dengan pulut putih dan kukus lagi
3. Sapu acuan dengan minyak, tuang pulut lalu ditekan-tekan dan biarkan sejuk.

Bahan Hijau (lapisan atas)

Daun pandan
5½ cawan air
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil kapur sirih
Sedikit pewarna hijau - opt

1. Daun pandan dikisar dengan 5 ½ cawan air, tapis airnya
2. Satukan semua bahan-bahan dan dikacau atas api yang sederhana sehingga pekat, angkat
3. Tuangkan atas pulut, biarkan sejuk.

Bahan Air Gula

5 buku gula kabung
2 cawan air

1. Masak gula kabung bersama air sehingga larut dan pekat

Bahan Santan

1 tin santan
1 ¼ tin air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

1. Kacau semua bahan di atas api sehingga pekat

Hidangkan pulut bersama air gula dan bahan santan

tak pernah jumpa lpmpat tikam pulut hitam, cam besh jer
bolehlah buat nak abihkan stok beras plt hitam kat dapur tu nnt
Tue 24-Jun-2008 16:34
Posted by:gee ~ mama @nis  - [Link]
aduh..sakitnya kena tikam bila tgk kuih kak hajar ni!! Tue 24-Jun-2008 18:12
Posted by:the kesum return  - [Link]
eh.. ada lompat tikam!!!!
Nak....
re : aha.. yg berbalut dgn daun pisang tu kuih koci, yg kulit putih tu popiah
Sat 5-Jul-2008 04:39
Posted by:~F&Z~  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Saturday, 21-Jun-2008 18:01 Email | Share | | Bookmark
BBQ dan Hari Keluarga Rumpun Bradford 2008, Bolton Abbey

 
 
 
View all 10 photos...
Hari ni merupakan Hari Keluarga Rumpun Bradford 2008...dan ini juga merupakan hari keluarga terakhir bagi kami sekeluarga (thn depan Hari Keluarga UUM lak)...dalam seronok berbbq, makan2, sembang2, usik mengusik, posing-memosing, meraikan besday dan anniversary ahli2 rumpun, melihat games yg meriah, bertukar2 hadiah, tup-tup cepatnya masa berlalu, dah nak balik...masa nak balik tu terasa sedey dlm hati ni, entah bila pulak dapat berkumpul ramai-ramai cenggini...hujan yg turun seolah-olah memahami kesayuan hati...huhuhu, jiwang le pulak makcik sorang ni
So, inilah foto2 yg sempat diambil sbg kenangan bersama rakan2 di bumi Bradford ini...












aktiviti berbbbq nilah yang ditunggu2 bila summer
pstt kak hajar, gambar last tue... sama posisi lah plak abah dan anak keciknye tu lentok
Tue 24-Jun-2008 16:32
Posted by:gee ~ mama @nis  - [Link]
sronok kakliza tenguk aktiviti...
berkumpul..bersembang sambil makan....
sure kenangan gini akan terpahat dihati....
Fri 27-Jun-2008 02:49
Posted by:kakliza  - [Link]
wah,.beshnye family deh..hehehe.. Wed 2-Jul-2008 08:11
Posted by:adik AzuraFaizol-BRadford miacakehouse@yahoo.com  - [Link]
View all 19 comments Add comment


Monday, 16-Jun-2008 17:32 Email | Share | | Bookmark
Surprise Yang Kantoi...

 
 
Hari ni kenkononnye nak buat surprise kek utk cik abang sempena father's day w/p dah terlewat sehari, dah plan dr hari sabtu lagi ngan anis dan iqah..tup-tup masa kita tgh deko kek tu, cik abg kita balik awal le pulak dr universiti ...so atas kek tu mula nak tulislah happy father's day, terus kansell


Kek Coklat
Sumber :Hanieliza

Bahan A
250 gm butter
250 gm gula perang atau kastor
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
250 ml susu segar

Bahan B [ Ayak ]
290 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu kecil nescafe instant
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan Bahan B berselang seli dengan susu segar.
4. Kacau rata dgn senduk kayu.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan hiaskan mengikut kreativiti sendiri.


Aktiviti Riadah...taman dekat2 umah je,.. jimat fulusss beb

waaaa kak hajar..walaupun xsempat tulis smthing tapi very2 the cantik la cake tu..teruja la sy.. Sat 21-Jun-2008 01:37
Posted by:zai  - [Link]
HAJAR,,,
CEPAT LA APDET..
TAK SABAR NENGOK ENTRY HAJAR TERBARU NI
MUAHAHAHA!!
Sun 22-Jun-2008 13:49
Posted by:FazaRina(RiNna) shafri_maju@yahoo.com  - [Link]
amboiii lomatiknyaaaaaa beriadah ngan famili...
x sangka sudi mencuba kek coklat kkliza...TQ...
tapi deco tu membuatkan kkliza terliur abis...
Fri 27-Jun-2008 02:52
Posted by:kakliza  - [Link]
View all 38 comments Add comment


Friday, 13-Jun-2008 14:48 Email | Share | | Bookmark
N3 Sekali Harung...

 
 
 
Kali ni buat N3 sekali harung...kira cover masa pc kita kong ari tu


Kue Teow Tomyam

Kue Teow
Bahan Kuah
1/2 labu bawang besar-mayang
2 ulas bawang putih-diketuk
1 batang serai-diketuk
1 inci lengkuas-diketuk
2 kiub tomyam
Udang
Isi ayam
Cili padi-diketuk, ikut pedas
Tomato buah-belah 4
Sayuran campur-leh letak ikut suka hati sayur mayur tu
Daun limau purut
Jus lemon
Garam secukup rasa
Air secukupnya

1. Masakkan semua bahan dlm periuk, kecuali tomato buah, sayuran campur dan daun limau purut sehingga mendidih
2. Masukkan sayur campur, daun limau purut...renihkan seketika
3. Perasakan apa yg kurang
4. Letakkan kue teow dlm mangkuk, tuangkan kuah dan bolehlah dinikmati...


Bubur Pulut Hitam
Pulut hitam
Santan
Daun pandan-disimpul
Gula secukupnya

1. Rebus pulut hitam hingga kembang/lembut
2. Buangkan air rebusannya, masukkan santan dan daun pandan
3. Kacau selalu santan supaya tidak pecah minyak, bila mendidih masukkan gula secukupnya
4. Renihkan seketika, bolehlah diangkat


Salmon Masak Lemak Kuning ni biasa je...resepi dah pernah masuk dlm N3 terdahulu




salam. nape lah saya tak suka ikan salmon ni?bila umi dia tak suka yang lain turut jadi mangsa..yo lah sapa nak masak?harap2 satu hari nanti tekak saya boleh menerimanya
Mon 16-Jun-2008 16:53
Posted by:jiran tetangga  - [Link]
Salam kak hajar thanks sudi tengok kek lapis ina yang comot tu...maklumla sambil buat sambil berperang dengan dania.... Mon 16-Jun-2008 18:31
Posted by:yullina  - [Link]
kak hjr,pernh masak asam pedas ikan salmon?besau hasil tangkapan tuh,mesti mhl Tue 17-Jun-2008 21:19
Posted by:the kesum return  - [Link]
View all 29 comments Add comment


Sunday, 8-Jun-2008 20:05 Email | Share | | Bookmark
York dan Manchester

 
 
 
View all 25 photos...
30 May : Jalan2 ke York bersama Farhani, kawan kita yg datang cuti2 di UK sempena cuti sekolah di msia
Lokasi 1: Designer Outlet - shopping apa yg patut
Lokasi 2: Bandar York - sekadar bergambar utk kenangan


Rehat depan D.O sebelum sambung shopping round ke-2


Bersama my frenz, Farhani


Anak2 berposing kat castle yg cam nak roboh


Kenangan sekeluarga di York

31 May : Manchester
Lokasi 1: Rumah Che Mat dan Intan di Cheetham Hill - mkn tengahari yg mabeles lagi superb dr air tangan Intan...t/kasih Intan
Lokasi 2: Old Trafford - sempat beli brg2 M.U dan berposing
Lokasi 3: Bandar Manchester - tengok dr dlm kete je


Kat rumah Che Mat dan Intan


Ahmad Syafi pun nak posing gak


Giliran Muhammad pulak berposing


Kenangan sekeluarga


Bersama pemandu pelancong merangkap cameraman kami

Cuti sempena Euro 2008 ke kak? ada kaki bola gak ker? ker usben jer yg gila bola?
re: wira angkasa yg segak2
Fri 13-Jun-2008 01:32
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
Salam Hajar..wah sonoknya jalan2 ek..anak2 pun happy semacam je..mama dia pun tersenyum simpul..hehe..dpat pulak bertemu kawan lama ek.. Fri 13-Jun-2008 04:04
Posted by:ummi ummizaihadi@yahoo.com.my  - [Link]
HAJAR,,
KITER DAH APDET JOM LE NENGOK

***windu nak nengok menu hajar lak lepas ni...tunggu ni..hehe
Fri 13-Jun-2008 07:40
Posted by:FazaRina  - [Link]
View all 40 comments Add comment


Monday, 26-May-2008 22:25 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Jadi Anis Sabrina

 
 
 
View all 6 photos...
Selamat hari jadi buat anak sulung kita, Anis Sabrina yg ke 9 tahun...hmmm dah besar anak dara kita ni, pejam celik pejam celik dah 9 tahun umurnya, moga menjadi anak yg solehah dan sentiasa di dalam peliharaan-Nya, amin.

Kek besday


Belah kek


Seronok dpt hadiah drpd best friendnya


Bersama best friend, Valerija


Kawan kita Farhani...yg baru sampai dr Msia

***Happy Birthday Anis Sabrina***


Quote:

Memandangkan desktop kita kong dan masih belum leh digunakan bermakna FP kita akan berehat seketika dan inipun kita update guna laptop cik abg kita (takleh guna selalu laptop ni sebab cik abg tengah busy nak menghabiskan studynya...proses writing la ni)
Untuk kengkawan yg meninggalkan komen dlm fp kita ini, t/kasih..nanti kita akan buat kunjungan balas bila desktop kita sembuh sepenuhnya...rindu nak menjengah fp kengkawan, saborr jelahh

>> happy belated birthday to you too... Thu 5-Jun-2008 17:19
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Salam kak hajar, cantiknya akk deco kek anak akk tu...ada patung barbie lg...ni klu ank kte nmpk ni, abis patung tuh diambilnyaa..ehehe..nway, happy birthday Anis Sabrina, smg maju jaya di dunia n akhirat, amin!! Sat 7-Jun-2008 15:15
Posted by:~Ummi_Zahin  - [Link]
kak hajar.. saya tengok anis sabrina ni mcm pelakon ija tu la..comel!
re : dah panas kat sini.. tapi angin dia still sejuk jugak .. seronok cuaca skrg tak yah pakai jeket2 lagi dah kan
Sun 8-Jun-2008 20:29
Posted by:AnisAisya @ Oslo  - [Link]
View all 57 comments Add comment